fbpx
AHMAD ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Menaik Taraf Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

UMNO kembali tawan hati orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – UMNO kembali mencuri perhatian golongan muda apabila lebih 60 peratus daripada keseluruhan 10,000 permohonan keahlian baharu yang diterima terdiri daripada individu berusia bawah 40 tahun.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, seramai 6,009 permohonan melibatkan sayap Pemuda, diikuti ahli biasa (2,511), Wanita (791) dan Puteri (689).

Menurut beliau, inisiatif Rumah Bangsa yang diilhamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula sokongan, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“UMNO bukan sahaja parti politik semasa, tetapi juga masa depan rakyat Malaysia. Kemasukan ramai anak muda ini mencerminkan keyakinan baharu terhadap perjuangan dan hala tuju parti.

“Faktor seperti kepimpinan profesional, kestabilan parti serta rekod pencapaian di peringkat pusat dan negeri turut menjadi tarikan utama,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan ke Projek Menaiktaraf Rumah Seri Kenangan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu menambah, UMNO kini dilihat lebih matang dan rasional tanpa perbalahan dalaman yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

“Ketika parti lain berdepan konflik, UMNO terus menerima kemasukan ahli baharu. Pemimpin kita kekal berdisiplin, berintegriti dan tidak menjatuhkan sesama sendiri di khalayak,” ujarnya.

Tambah beliau, sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian yang diperkenalkan sejak 2020 kembali diaktifkan menerusi inisiatif Rumah Bangsa dan menerima sambutan menggalakkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, pihaknya menerima 3,716 permohonan keahlian baharu dalam tempoh beberapa hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN