fbpx
GAMBAR HIASAN- JANAAN AI

‘Kalau double park, jawablah call alihkan kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berang apabila tidak dapat mengeluarkan keretanya daripada tempat letak kereta gara-gara ada pengguna tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan secara ‘double park’ sekali gus menghalangnya untuk keluar.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread, pemilik kenderaan meletakkan nombor telefon kononnya untuk memudahkan wanita itu menghubunginya bagi mengalihkan kereta, namun lain yang jadi apabila dia tidak berbuat demikian kerana sedang menghadiri mesyuarat.

“Boleh tahu anda dari mana? Saya sedang dalam mesyuarat dan tak boleh jawab sebarang panggilan,” katanya menerusi mesej pada WhatsApp dikongsikan wanita itu pada Thread.
Dia kemudian berang dengan alasan pemilik kenderaan itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab selepas bertindak menghalang kenderaan orang lain.

“Jika ada letak kereta secara ‘double park’, tinggalkan kad nama, pastikan jawab panggilan telefon apabila dihubungi. Sekiranya sedang mesyuarat atau tidak dapat dihubungi, buat perancangan awal. Bukan tanggungjawab orang lain apabila kereta anda menghalang kenderaan pengguna lain,” katanya.

Wanita itu memberitahu, dia berjaya mengeluarkan keretanya selepas meminta bantuan individu lain untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Hantaran itu mengundang kemarahan orang ramai terhadap segelintir pengguna kenderaan yang suka mengamalkan ‘double park’ sehingga menyusahkan orang lain terutama sewaktu berdepan hal kecemasan.

“Apa jadi kalau ada hal kecemasan keluarga atau perlu ke hospital, tapi kereta kena halang kenderaan lain. Orang yang suka halang kenderaan memang patut kena tampar,” komen pengguna Thread.

“Telefon saja pihak berkuasa tempatan supaya ambil tindakan kepada mereka berperangai begini,” kata seorang individu lagi.

“Sama kena, ‘double park’. Tinggalkan nombor, tapi tak angkat telefon. Bila telefon kali kedua dan ketiga, terus matikan panggilan saya,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN