fbpx
Tangkap layar video seorang individu diilihat membuang puntung rokok dari sebuah kereta yang tertera logo dan perkataan MBSA ketika kenderaan itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Kakitangan MBSA ‘tertangkap’ buang puntung rokok ikut tingkap kereta jabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang tular membuang puntung rokok keluar dari kenderaan jabatan, bakal berdepan tindakan tatatertib selain dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan membuang sampah merata-rata, walaupun melibatkan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tidak kira siapa, jika individu itu merupakan kakitangan PBT dan didapati membuang puntung rokok serta ditangkap, bukan sahaja Perintah Khidmat Masyarakat akan dikenakan, malah tindakan disiplin juga wajib diambil.

“Siapa yang melakukannya, dialah yang perlu bertanggungjawab. Tangan yang mengotorkan, itulah juga yang wajib membersihkan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Cina Negeri Perak 2026/2028, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, setakat ini lebih 3,000 individu telah ditahan atas kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dan dikenakan PKM.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang individu diilihat membuang puntung rokok dari sebuah kereta yang tertera logo dan perkataan MBSA ketika kenderaan itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Susulan penularan video berkenaan, MBSA dalam kenyataannya memaklumkan, telah merujuk kes membabitkan individu berkenaan kepada Bahagian Integriti MBSA untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN