fbpx
Penduduk memasang sepanduk amaran di kampung mereka. - Detik

Penduduk beri amaran kepada pemilik toyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Kota Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat nekad memasang sepanduk bagi memberi amaran kepada pemilik toyol agar tidak menggunakan makhluk halus itu untuk mencuri wang milik mereka, lapor laman berita Radar Surabaya.

Penghuni Kampung Kebon Kembang RT 05 RW 05 kini resah apabila kerap kehilangan wang sehinggakan insiden itu berlaku beberapa kali dalam masa sehari.

Ketua penduduk setempat, Ade Dedi Ruhyadi berkata, mereka memasang sepanduk bagi memberi amaran kepada mana-mana penduduk yang menggunakan toyol untuk mencuri wang.

“Ada penduduk melaporkan kehilangan wang sampai tiga kali sehari.

“Meskipun jumlahnya tidak besar, namun kejadiannya sering berlaku,” kata Ade.

Tambah Ade, beberapa penduduk turut melaporkan kehilangan barangan kemas.

“Lebih menghairankan adalah meskipun terdapat penduduk yang mempunyai kamera televisyen litar tertutup (CCTV), tiada jejak pencuri. Yang ada cuma duit hilang,” katanya.

Walaupun dakwaan penglibatan makhluk halus belum disahkan, penduduk memilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga daripada menyimpan wang di bank hinggalah menyembunyikannya di dalam bekas air. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN