fbpx
Laporan Kosmo! Online berhubung dakwaan kes anak Ako Mustapha dibuli.

Polis buka siasatan kes anak Ako Mustapha didakwa dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes anak pelakon Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

“Untuk kes anak Ako Mustapha, kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Ako berang apabila anak lelakinya, Mikael Iskandar, 10, mengalami kecederaan selepas dipercayai dibuli di sekolah.

Menurutnya menerusi Threads, anaknya didakwa dibuli oleh pelajar senior dan rakan sekelas sehingga mengalami kesan tumbukan serta dipijak pada bahagian badan.

Tambahnya, kejadian itu didedahkan sendiri oleh Mikael sebelum dia membuat laporan kepada guru kelas dan seterusnya kepada pihak berkuasa.

Ako turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN