fbpx
Gambar hiasan

Lima negeri dilanda ribut petir hingga 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan lima negeri hingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Langkawi), Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Di Sarawak, hujan lebat melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).
“Manakala di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan,” lapor MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN