fbpx
Aliran trafik sesak di Lebuh Raya MEX yang dikongsikan pengguna media sosial hari ini.

MEX sesak teruk 4 kilometer akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) menghala ke pusat bandar dilaporkan sesak teruk sepanjang kira-kira empat kilometer dari arah Salak Selatan, susulan kemalangan di lorong kiri berhampiran KM1.9, pagi ini.

Perkongsian di media sosial menunjukkan kesesakan bermula seawal pukul 7.30 pagi apabila pengguna jalan raya terpaksa berdepan kelewatan hampir satu jam sebelum plaza tol Salak Selatan.

Situasi dilaporkan semakin buruk sekitar pukul 8 pagi dengan aliran trafik bertambah perlahan.

“Kemalangan di Lebuhraya MEX arah Tun Razak/KLCC. Terperangkap dalam kesesakan hampir sejam. Harap semuanya dipermudahkan dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Pandu cermat semua,” kata itskoshh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN