fbpx
Ida Riswana (kanan) dan Md. Daud menyantuni kumpulan jemaah pertama jemaah Andalusia di Pusat Konvensyen dan Hotel Movenpick di Sepang malam ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

272 jemaah haji kumpulan pertama Andalusia berlepas ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Seramai 272 jemaah haji kumpulan pertama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dijangka berlepas ke Tanah Suci pada pukul 2 pagi nanti bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Kumpulan jemaah itu bersama empat orang petugas Andalusia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi penerbangan Saudia Airlines dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 9.25 pagi esok.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, secara keseluruhannya, pihaknya akan mengendalikan kira-kira 500 jemaah bagi musim haji tahun.

“Sebenarnya untuk musim haji kali ini, banyak pembaharuan yang kita buat antaranya pelaksanaan sistem simulasi haji yang dibuat di pantai timur dan di Semenyih, Selangor.

“Menerusi simulasi haji itu, kita mahu memastikan jemaah lebih faham tentang ibadah itu khususnya ketika berada di Arafah, Mina dan Muzdalifah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Konvensyen dan Hotel Movenpick di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Ida Riswana berkata, Andulusia turut melakukan pembaharuan baharu di mana susunan penempatan jemaah haji dibuat lebih awal selain mengemaskini note ibadah untuk kegunaan di Tanah Suci.

“Kita telah mengemaskini nota bagi membolehkan jemaah lebih mudah untuk ingat doa-doa khususnya ketika mahu dibaca di Arafah dan Mina nanti,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jadual penerbangan ke Tanah Suci terutama ketika konflik di rantau berkenaan, Ida Riswana berkata,setakat ini, semuanya berjalan lancar.

“Sebelum ini, ramai jemaah haji tertanya sama ada mereka boleh terbang atau sebaliknya. Tapi, setakat ini alhamdulillah semuanya tiada masalah.

“Kami yakin dengan keupayaan Tabung Haji yang menyusun dengan baik serta berhubung dengan pihak kementerian dan penerbangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, jemaah haji perlu memberi fokus kepada ibadah serta tidak perlu bimbang dengan kesan konflik yang tercetus di rantau itu.

“Kita memahami wujud konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, seterusnya memberikan tanda tanya kepada jemaah.

“Jadi, kami memahami kerisauan jemaah dan menasihati mereka supaya jangan bimbang serta memberi fokus kepada ibadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN