fbpx
Anggota polis membawa Khairulhafiz di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Penggangur serang polis depan UiTM Machang mengaku miliki parang tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang yang merupakan senjata berbahaya tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa di depan pintu pagar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang dekat sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairulhafiz Mohamad, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sebilah parang berhulukan kayu berukuran kira-kira 42 sentimeter tanpa maksud sah atau kebenaran daripada pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan di depan pintu pagar utama UiTM Machang, Machang dekat sini kira-kira pukul 11 malam pada 8 April 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun jika disabitka kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim manakala Khairulhafiz tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 21 Mei depan untuk prosiding jatuh hukum.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, tindakan seorang lelaki cuba membunuh anggota polis dengan melibas parang mengundang padah apabila dia cedera ditembak pada paha dalam kejadian di depan UiTM Cawangan Machang dekat sini di sini pada 8 April lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN