fbpx
Tertuduh-tertuduh ketika dibawa ke mahkamah pada minggu lalu.

Rusuh pusat hiburan: 33 lelaki terkedu hukuman ditambah penjara 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman denda yang dijatuhkan terhadap 33 lelaki yang yang tular kerana merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras, kepada penjara 10 bulan.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian ketika prosiding semakan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang sebelum ini menjatuhkan hukuman denda terhadap 33 lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu minggu lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara 10 bulan itu berjalan bermula hari ini.

Mereka ialah Tan Chee Chin, G. Bathmanathan, M. Kogilan, Lim Puay Fei, Kevin Yong Kai Wen, Ong Zhi Jian, Looi Khai Xuan, Voison Chor, Tan Jun Ning, Hee Tuck Choy, Ching Thong Hai, Kee Jin Xuan, Lim Teong Yow, Chan Kuang Man dan Ho Chee Seong.

Tertuduh lain adalah Wong Chee Siong, Liang Chung Weng, G. Srikanth, Lee Ming Choong, Wong Wai Khuen, Khor Ka Lok, Ong Zheng Yuan, Yam Hao Jie, Lim Jia Cheng, Chai Chun You, Kher Kuan Heng, Ong Aik Chim, Chong Khai Jun, Hadzrin Julasrin, Lee Tuck Wah dan Chin Chin Chung yang kesemuanya berusia antara 21 hingga 57 tahun.

Sementara itu, dua lagi lelaki, yang berusia dibawah 20 tahun ialah Alvin Yong Kai Zhe dan Chong Yu Heng yang masing-masing berusia 19 tahun.

Bagaimanapun seorang lagi lelaki iaitu A.Ganesan tidak hadir di Mahkamah Tinggi hari ini dan dikenakan waran tangkap.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa telah menyertai rusuhan dan semasa rusuhan itu memiliki senjata api, peluru, bahan letupan, kayu dan batu yang boleh digunakan untuk menyerang dan menyebabkan melecur serta kecederaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pusat karaoke di Cheras, dekat sini, pukul 7.30 malam pada 5 April lepas mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd. Nordin Ismail manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam Damien Chan, Ian Hannibal Liang, Ng Choon Kiat dan Ahmad Nur Zharif Rosdi.

Minggu lalu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap 32 lelaki berusia 21 hingga 57 tahun dan denda RM2,000 terhadap dua tertuduh berusia 19 tahun selepas kesemuanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.

Sebelum ini, media melaporkan perselisihan faham di antara seteru perniagaan serta dendam peribadi dipercayai menjadi motif kejadian khianat dan rusuhan membabitkan lebih 60 individu di sebuah pusat hiburan karaoke, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini, seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah telah ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 57 tahun.

Menurutnya, tangkapan dibuat secara berasingan di dalam dan luar Lembah Klang.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan individu sambil membawa objek dipercayai kayu besbol menceroboh sebuah pusat hiburan dan melakukan khianat.

Dalam kejadian itu sebuah lori turut digunakan untuk merempuh bahagian pagar premis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN