fbpx
Mohamad bersama Najibah di pejabat beliau hari ini.

Bakal ACO ke Beijing dapat nasihat menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat daripada bakal Agriculture Counsellor Office (ACO) Beijing, Najibah Mohamad Nor, petang tadi.

Mohamad berkata, peranan ACO amat besar kerana membawa nama negara di peringkat antarabangsa, khususnya dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Menurutnya, penempatan di Beijing itu akan menjadikan Najibah sebagai wakil penting negara dalam memperluaskan kerjasama sektor agromakanan serta memperkukuh aspek keselamatan makanan.

“Dalam suasana dunia yang berdepan ketidaktentuan bekalan makanan global, peranan ini semakin penting.

“Kita perlu bergerak secara proaktif untuk mencari peluang baharu, di samping memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Najibah supaya mengutamakan pendekatan bijaksana, berhemah dan berintegriti dalam setiap urusan sepanjang menjalankan tugas di luar negara.

Tambahnya, peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membina jaringan kerjasama kukuh, membuka pasaran lebih luas kepada produk Malaysia serta memperluas hubungan strategik dengan pihak kerajaan dan industri di China.

“Saya yakin dengan pengalaman dan keupayaan yang ada, beliau mampu melaksanakan amanah ini dengan baik serta membawa suara Malaysia dengan penuh keyakinan,” ujarnya.

Mohamad turut mendoakan agar segala urusan Najibah dipermudahkan dan berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN