ERA teknologi telah memungkinkan pelbagai imaginasi moden menjadi kenyataan termasuk dalam sektor kenderaan. Kereta dua alam atau kenderaan amfibia (amphibian vehicle) bukan lagi sekadar konsep futuristik atau eksperimen kejuruteraan semata-mata. Mula dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan pada Perang Dunia Kedua bagi operasi pendaratan di pantai, kenderaan dua alam terus berkembang dari zaman ke zaman. Menjelang tahun 2026, teknologi berkaitan kenderaan ini dilihat semakin mendapat perhatian global. Menurut Penyelidik dari Kolej Sains dan Teknologi Perisikan, Universiti Teknologi Pertahanan Kebangsaan Changsha China, Xiaojun……














