PETALING JAYA – Orang ramai mengakui bulan April kali ini dirasakan terlalu panjang, terutama apabila ada yang menyifatkan seolah-olah bulan tersebut mempunyai ‘lima minggu’.
Antara sebab bulan April dirasakan begitu panjang adalah kerana tempoh menunggu gaji hujung bulan terasa lebih lama, selain tiadanya cuti umum.
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna dikenali sebagai @eleena_nina, dia meluahkan rasa seolah-olah bulan April kali ini berjalan terlalu perlahan meskipun minggu depan masih lagi dalam bulan yang sama.
“Apa bendalah bulan April ni aku rasa panjang gila. Minggu depan pun masih April lagi weh. Bulan ni ada lima minggu ke,” tulisnya.
Hantaran tersebut menarik perhatian orang ramai apabila kira-kira 47,200 tontonan diraih selain dibanjiri pelbagai komen pengguna lain yang bersetuju perkara yang sama.
Rata-rata menyifatkan April terasa lama seperti bulan ini mempunyai lima minggu, selain ada yang mengaitkannya dengan ketiadaan cuti umum serta menunggu gaji hujung bulan.
“Akhirnya ada pun geng yang rasa April kali ini lama,” komen Hana.
“Sebab April tak ada cuti. Saya nak cuti, stres sangat kerja sebulan,” komen Fateyna.
“Kan memang rasa April lama, lagi seminggu nak tunggu hujung bulan. Sebab tak ada cuti umum sebenarnya, tu yang rasa lamanya,” komen Mya.- KOSMO! ONLINE














