fbpx
Kira-kira 60 orang hadir menyertai potluck hari raya yang dianjurkan selepas seorang pemuda mengajak mereka tidak dikenali menerusi hantaran Thread.

[VIDEO] ‘Ajak potluck dengan warga Thread, 60 orang datang, rasa nak nangis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda mengajak pengguna Thread tidak dikenali untuk menyertai ‘potluck’ atau jamuan dengan membawa makanan masing-masing berhasil, apabila ia mendapat penyertaan menggalakkan.

Ajakan untuk membuat jamuan itu dicadangkan oleh pemuda tersebut menerusi hantaran Thread Louis Firdaus, ‘weh jom buat open house (rumah terbuka) potluck nak tak? Tak kisah dengan yang tak kenal pun, syarat dia mesti home cook (masakan rumah)’.

Ia mendapat sambutan menggalakkan dengan kira-kira 60 orang hadir menyertai acara jamuan berkenaan.
“Aku ajak stranger (orang tidak dikenali) dekat Thread buat potluck raya dan ini yang terjadi.

“Kuasa Thread. Saja-saja post (muat naik hantaran) ajak buat potluck rumah terbuka dengan stranger dan 60 orang yang datang. Rasa macam nak nangis,” kata Louis Firdaus pada hantaran Thread.

Menerusi ruangan komen, orang ramai memuji penganjuran acara berkenaan, malah mereka turut berharap ia dapat diadakan sekali lagi pada Hari Raya Aidiladha nanti.

“Seronoknya, nak ikut juga perjumpaan akan datang kalau ada,” komen pengguna Thread Azuraemylya.

“Bila positif disebarkan, maka positiflah hasilnya. Seronoknya, boleh tambah kawan baharu,” kata Oshlin.

“Buat versi raya haji punya,” cadang Ajbat. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN