fbpx
Hannah bersama Fadlun menjawab soalan pemberita selepas menghadiri satu mesyuarat kecemasan yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini. Foto HANNAH YEOH

DBKL buka pusat kawalan 24 jam pantau tembok runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan segera diambil bagi menangani insiden tapak binaan di Bukit Kiara, dengan kerja pembaikan giat dilaksanakan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka pusat kawalan 24 jam bagi memantau operasi di lokasi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah memohon bantuan segera serta penambahan tenaga kerja daripada Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyokong usaha intervensi yang sedang berjalan.

“JKR Selangor juga telah turun padang pagi ini dengan jentera tambahan bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

“Satu mesyuarat kecemasan turut diadakan pagi tadi yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dengan kehadiran semua agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, langkah mitigasi dan pembaikan segera telah pun dimulakan di tapak melibatkan beberapa tindakan utama termasuk pembinaan kolam takungan mendapan (ESCP 3), penambahan kapasiti kolam ESCP 2 serta kerja-kerja nyahkelodak dan penyelenggaraan kolam ESCP 1.

Selain itu, katanya, penyelenggaraan semua longkang tanah di dalam tapak bina turut dilaksanakan, termasuk pembersihan struktur runtuh serta pemasangan penghadang jenis NJB.

“Penyelarasan kawalan trafik turut dilakukan oleh kontraktor bersama JKR dan DBKL, selain kerja-kerja pembilasan sistem saliran longkang awam di Jalan Abang Haji Openg,” jelasnya.

Sebagai rekod, perintah pembangunan bagi projek tersebut telah diluluskan pada 3 Oktober 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN