fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Taktik jual telefon, warga emas ‘scam’ orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik menagih simpati sepasang suami isteri warga emas yang mahu menjual telefon bimbit mereka dipercayai menjadi modus operandi bagi menjerat mangsa di Johor.

Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh seorang pengguna Threads, dia mendakwa pasangan itu mendekatinya ketika bersama anak-anaknya sebelum membuat keputusan menempah kenderaan e-hailing dan memberikan duit belanja kerana kasihan kepada mereka.

“Dari jauh aku tengok dia minta tolong dengan orang tapi tiada siapa nak tolong dan akhirnya dia datang dekat aku dengan anak-anak, cakap yang mereka perlukan duit nak balik dan duit makan.

“Dia nak jual telefon dan dia pergi sebuah kedai ni tetapi kedainya tak nak ambil sebab telefon lama, jadi aku buat keputusan untuk tempahkan kereta e-hailing dan bagi duit makan dekat dia,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila orang ramai mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan yang sama di lokasi yang berbeza oleh pasangan berkenaan.

Seorang pengguna, Haifahsmdy, berkata, dia pernah menyerahkan wang sebanyak RM200 kepada pasangan tersebut selepas mereka memberikan alasan dihalau dari rumah pusaka selain merayu mahu menjual telefon mereka.

“Masa puasa hari itu, dia jumpa saya merayu minta tolong sebab kena halau dari rumah pusaka dekat Ulu Tiram. Lepas itu kata nak jual telefon tapi tak ada orang nak beli sebab lama dan saya pun hulurkan RM200, mereka pun berlalu pergi tapi masih tak berganjak dari kawasan itu,” ujarnya.

“Modus operandi dia dah bertahun-tahun macam itu. Ada yang dia suruh bayar bil api tapi kadang ada benda kita boleh anggap sedekah tapi bila dia dah selalu buat kerja macam ini, susah juga,” kata pula pengguna @Ieyaaaaa_.

“Mereka ni memang tipu sebab dulu dekat tepi jalan mereka tahan kereta, nangis-nangis dengan alasan sama nak jual telefon. Ramai orang dah kena,” kata pengguna @Lalamun90. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN