fbpx
Perkongsian wanita itu di Threads turut mendapat perhatian pengguna lain berhubung kejadian yang berlaku.

Anggota polis gunting 38 seluar dalam rakan telah jalani hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap anggota lain telah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing,Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, semakan mendapati, isu tular di Threads adalah berkaitan laporan polis bertarikh 9 April 2024 yang dibuat oleh seorang anggota polis bertugas di IPD Mersing.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 427 Kanun Keseksaan (pencerobohan rumah dan melakukan khianat). Tangkapan telah dibuat ke atas pelaku yang merupakan seorang anggota polis untuk membantu siasatan.

“Pada 14 Mei 2024, pelaku telah dituduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kota Tinggi. Dia mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman denda RM1000 dan perintah berkelakuan baik selama dua tahun.

“Siasatan selari turut dijalankan di bawah peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan telah digantung kerja selama 15 bulan,” katanya dalam kenyataan media di Facebook Polis Daerah Mersing hari ini.

Tambahnya, selepas selesai menjalani hukuman jabatan, pelaku telah ditukarkan ke IPD Johor Bahru Selatan sebelum melapor diri semula ke IPD Mersing pada 15 April 2026 selepas diluluskan permohonan rayuan pertukaran atas faktor kebajikan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita menyatakan mengalami tekanan emosi selepas kediamannya diceroboh dan sebanyak 38 helai seluar dalam serta pakaian uniform kerja milik suaminya yang juga merupakan anggota polis digunting selain turut mendedahkan rakaman televisyen litar tertutup memaparkan tindakan si pelaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN