fbpx
Gambar hiasan.

Lembah Klang ‘bergegar’ bunyi guruh, hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sedang melanda hampir seluruh kawasan Lembah Klang ketika ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, bunyi guruh yang kuat serta kilat sambar menyambar berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya selain keadaan trafik dilihat sesak sekitar ibu kota susulan kenderaan bergerak perlahan semasa hujan lebat.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, cuaca buruk sebelah petang ini meliputi seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Hujan lebat juga dilaporkan berlaku di Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan),” lapor MetMalaysia.

Selain itu, MetMalaysia berkata, kawasan lain yang terkesan adalah seluruh negeri Perak, Terengganu (Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Kuantan dan Rompin).

Tambahnya, Melaka, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) turut tidak terkecuali menerima taburan hujan pada petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN