fbpx
Antara tukang urut wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di Bukit Rimau, Seksyen 32 Shah Alam.

‘Tak tahu salah urutan seksual’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Saya tidak tahu urutan seksual salah di Malaysia,”

Itu pengakuan seorang tukang urut warga Vietnam selepas kegiatan urutan seksual termasuk tawaran ‘hand job’ serendah RM50 terbongkar dalam serbuan Ops Gegar di tiga premis urut di sekitar Bukit Rimau, Seksyen 32 di sini, malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 8 malam oleh Jabatan Imigresen Selangor itu membawa kepada penahanan 11 wanita warga asing berusia antara 18 hingga 47 tahun yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.

Siasatan awal mendapati premis tersebut beroperasi dari lewat petang hingga kira-kira pukul 2 pagi dengan menawarkan perkhidmatan urutan kepada pelanggan tempatan.

Difahamkan, pelanggan terlebih dahulu akan menerima gambar-gambar tukang urut yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sebelum membuat pilihan wanita yang dikehendaki.

Perkhidmatan yang ditawarkan pula dipercayai bermula sekitar RM50 bagi urutan biasa sebelum ditambah dengan caj tertentu bagi perkhidmatan tambahan berunsur seksual termasuk ‘hand job’.

Ketika serbuan dilakukan, pemilik salah sebuah premis dipercayai sempat mengesan kehadiran penguat kuasa sebelum bertindak mengunci mangga pintu hadapan premis dan melarikan diri.

Tindakan itu menyebabkan tiga pelanggan warga tempatan yang berada di dalam premis berkenaan terperangkap sebelum pintu dibuka oleh pihak berkuasa bagi menjalankan pemeriksaan.

Seorang tukang urut warga Vietnam dikenali sebagai Ngoc Tuyen, 36, mendakwa baru setahun berada di negara ini dan pekerjaan tersebut merupakan kerja pertamanya.

“Saya kerja urut sahaja. Biasanya dapat antara RM50 hingga RM100 sehari. Saya masih bujang,” katanya ketika ditemui dalam serbuan itu.

Tambahnya, dia tidak mengetahui bahawa perkhidmatan urutan yang disertai unsur seksual adalah satu kesalahan di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 11 wanita diperiksa dan kesemuanya ditahan selepas didapati tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

“Mereka terdiri daripada masing-masing empat bagi warga Myanmar dan Thailand selain dua warga China dan seorang Vietnam.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk tujuan tahanan reman dan siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN