fbpx
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritenden Mohd Fazley Ab Rahman ketika dalam operasi merampas 581 mesin bitcoin dekat Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Sindiket perlombongan mata wang kripto tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Sebanyak sembilan premis di kesan menjalankan kegiqtan perlombongan mata wang kripto Nilai di sini disyaki mencuri bekalan elektrik pada skala besar di serbu semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, dalam operasi bersepadu bersama pasukan Special Engagement Against Losses (SEAL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya merampas 581 mesin perlombongan.

Katanya, keseluruhan mesin perlombongan mata wang kripto yang dirampas bernilai RM1.6 juta.

“Kita dapati sindiket ini telah melakukan penyambungan elektrik secara curang untuk membina sindiket bitcoin ini.

“Nilai taksiran awal kerugian pihak TNB sebanyak RM2.1 juta akibat aktiviti haram selama hampir satu tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi itu di sini semalam.

Tambahnya, berdasarkan risikan polis dalam tempoh dua minggu dan perbincangan lanjut dengan SEAL TNB kegiatan ini telah beroperasi hampir setahun.

“Dua lelaki berusia 30an dipercayai juruteknik sindiket itu turut ditahan dalam operasi.

“Ketika serbuan mereka sedang membuat penyelenggaraan ke atas mesin-mesin berkenaan,” tambahnya.

Jelasnya, modus operandi sindiket itu menggunakan premis di tingkat atas untuk mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

Tegas Mohd Fazley, kes itu disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 371 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN