fbpx
Alyssa Dezek membuktikan kerjaya dan populariti bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan bidang akademik apabila meraih 9A dalam SPM.

Raih 9A SPM, Alyssa Dezek optimis jadi akauntan bertauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI remaja yang membesar di bawah limpahan lampu pentas, menyeimbangkan antara tuntutan kerjaya seni dan tanggungjawab sebagai pelajar bukan satu tugas mudah. 

Namun, Alyssa Dezek membuktikan kerjaya dan populariti bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan dalam bidang akademik. 

Meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi saksi kepada disiplin dan kerja kerasnya. 

Bagi Alyssa atau nama lengkapnya Aryanna Alyssa Mohamed Hafidz, setiap kata-kata harapan yang diletakkan di bahunya bukan dilihat sebagai beban, sebaliknya menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah jauh.

“Tekanan memang ada sebab orang sekeliling selalu cakap saya boleh dapat keputusan bagus. 

“Kata-kata itu secara tak langsung membakar semangat saya untuk meraih keputusan cemerlang,” katanya  kepada HibGlam semasa majlis kesyukuran anjurannya dan jamuan hari raya, baru-baru ini. 

Tambahnya, sokongan keluarga dan teman-teman menjadi tunjang kekuatan meskipun hakikatnya, dia yang sering mendesak diri untuk memberikan yang terbaik.

“Tekanan itu lebih kepada keluarga dan kawan-kawan, bukanlah mereka mendesak kena dapat ‘straight’ A. 

“Tapi mereka banyak memberi pujian dan kata-kata semangat. Jadi, saya yang menekan diri sendiri mahu buat yang terbaik untuk mereka. 

“Ibu bapa saya tahu betapa saya bergelut untuk mengimbangi pelajaran dan kerjaya,” ujarnya.  

Mengimbau kembali detik penuh emosi, penyanyi berusia 18 tahun itu mengakui pernah tewas seketika dalam tekanan peperiksaan besar tersebut.

“Ada satu ketika saya dalam kereta dengan ibu dan bapa, tiba-tiba saya menangis. 

“Mereka tanya kenapa tapi saya tak boleh cakap. Sebenarnya dalam hati saya rasa sangat tertekan untuk ambil SPM. 

“Syukurlah semua pengorbanan masa dan segalanya berbaloi dengan keputusan yang saya peroleh ini,” kongsinya.

Hadiah tanda penghargaan

Sebagai tanda penghargaan buat kedua-dua ibu bapa yang tidak henti-henti menyokong usahanya, Alyssa merancang untuk memberikan kejutan istimewa buat mereka.

“Ibu ada cakap setiap subjek kalau dapat A saya akan terima RM100. Jadi dapatlah RM900 sepatutnya. 

“Tapi saya rasa saya yang akan bagi hadiah kepada ibu bapa saya sebagai tanda penghargaan.

“Tapi saya belum fikir lagi apa yang mahu beri kepada mereka,” luahnya. 

Enggan rasa terlalu selesa dengan kejayaan hari ini, pelantun lagu Duniaku itu menyasarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

“Saya tak rasa dah berjaya sangat sampai tak tahu nak buat apa lagi selepas ini. Perjalanan saya masih panjang. 

“Sasaran saya sekarang nak sambung pengajian dalam bidang perniagaan antarabangsa atau perakaunan. 

“Saya nak genggam ijazah dan belajar dengan lebih mendalam lagi,” katanya yang berbincang dengan keluarga mengenai bidang pengajian bakal diambil. 

Dalam arena seni pula, bekas peserta program Ceria Megastar itu dalam fasa transisi lebih profesional dah mahu menguasai seni muzik sepenuhnya. 

“Kalau dalam bidang hiburan, saya nak cipta muzik sendiri. Kalau ada rezeki, saya nak buat album.  

“Sekarang saya tengah belajar cara nak buat lagu dan terfikir nak ambil kursus pendek tentang muzik. 

“Selain itu, saya akan berlakon dalam drama Astro dan keluarkan single terbaharu,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN