PETALING JAYA – Perubahan ketara nilai mata wang antara Malaysia dan Indonesia kini menjadi perhatian ramai apabila kadar tukaran terkini menunjukkan pengukuhan ringgit.
Menerusi perkongsian di laman Thread, perbandingan kadar tukaran menunjukkan lima bulan lalu, RM1 bersamaan kira-kira 4,000 rupiah.
Namun hari ini, nilai tersebut berubah apabila 4,000 rupiah hanya bersamaan sekitar RM0.92 sahaja.
“Satu kebahagiaan buat rakyat Malaysia yang ingin ke Indonesia. Orang Indonesia yang bekerja di Malaysia pun pasti tidak kurang bahagianya,” kata Zhiddin Azizz.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi positi termasuk ada yang merancang percutian ke Indonesia, dengan kos perbelanjaan dijangka lebih murah berbanding sebelumnya.
“Yes, jom ke Jakarta!,” kata Zadd.
“Akak saja rasa tak bahagia.. berkepuk-kepuk baki duit Indonesia tak sempat tukar balik ke RM. Nampaknya terpaksa simpan dulu,” kata Julia.
“Ini kalau pergi sana bawa RM1,000 pun ‘shopping’ sakan aku. Tapi itulah mesti mereka naikkan harga kan, ke mcm mana?,” kata Izzatul.
“‘Mereka tahu rupiah murah sekarang, mereka ‘markup’ harga,” kata Bis.mo. – KOSMO! ONLINE














