fbpx
Tangkap layar video tular kemalangan melibatkan treler di Lebuh Raya Elite arah utara dari Nilai ke Bandar Serenia yang menyebabkan kesesakan 5km di kedua-dua arah.

[VIDEO] Treler kemalangan, balik kerja ‘tersangkut’ sesak 5km di Lebuh Raya Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu kemalangan melibatkan treler dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 35.9 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah utara dari Nilai ke Bandar Serenia, sekali gus menyebabkan trafik sesak 5 km di kedua-dua arah pada petang ini.

Maklumat awal itu dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi media sosial 5.31 petang tadi, malah video kejadian itu turut tular di media sosial.

“Lorong kanan kedua-dua arah dan lorong tengah arah selatan terhalang. Trafik sesak 5 km kedua-dua arah. Guna laluan alternatif,” menurut perkongsian ringkat oleh LLM.

Dalam pada itu, video kejadian tersebut dikongsikan seorang pengguna Thread, Azwynazawi memaparkan treler yang terlibat kemalangan selain kesesakan di lebuh raya berkenaan dalam cuaca hujan lebat.

“Hujan lebat ni, hati-hati atas jalan raya semua. Semoga baik-baik saja,” katanya pada kapsyen video. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN