fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan seorang pemandu memandu bas ekspres sambil meriba seorang wanita ketika dalam perjalanan dari TBS menuju ke Larkin Sentral, Johor Bahru baru-baru ini.

Pemandu bas, kenalan wanita janji hadir IPD Jasin esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Pemandu bas ekspres dan kenalan wanitanya yang tular video mereka melakukan aksi meriba ketika kenderaan itu sedang bergerak dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, esok.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pasangan itu berjaya dihubungi hari ini dan berjanji akan tampil bagi membantu siasatan berhubung rakaman tular berkenaan.

“Untuk makluman pemandu (bas) telah berjaya dihubungi. Dimaklumkan wanita berkenaan kini berada di Kedah dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada malam ini.

“Pemandu berkenaan berada di Sungai Besi dan akan hadir ke IPD seperti dijanjikan pada esok,” katanya ringkas selepas dihubungi pemberita petang ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu bas ekspres didakwa memandu dalam keadaan berbahaya apabila meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila tindakan pemandu berkenaan dilihat bukan sahaja tidak profesional, malah berisiko tinggi terhadap keselamatan penumpang.

Siasatan awal pihak polis mengesahkan pemandu bas berusia 36 tahun itu telah berkahwin, manakala wanita yang diribanya dipercayai kenalannya.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan merbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN