fbpx
Fadhlina.

KPM salur RM100,000 perbaiki sekolah terbakar, murid PdPR sementara – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi kerja pembersihan dan pembaikan asas susulan insiden kebakaran SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Bachok, Kelantan petang semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan hari ini berkata, peruntukan itu merangkumi pendawaian elektrik serta penyambungan semula bekalan air bagi membolehkan sekolah beroperasi kembali dalam masa terdekat.

“KPM telah mengambil beberapa langkah segera bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah berkenaan terpelihara,” katanya.

Menurut beliau, premis sekolah kini telah dikosongkan bagi membolehkan penilaian keselamatan dijalankan oleh pihak berkaitan.

Dalam masa sama, proses pengajaran dan pembelajaran (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang minggu ini bagi memastikan kelangsungan pendidikan murid tidak terjejas.

“Kita juga menggerakkan pasukan kaunselor dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk melaksanakan program sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terjejas,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN