fbpx
Dua mangsa maut akibat lemas terhidu asap kebakaran sebuah pejabat guaman di Lebuh King, semalam.

Peguam veteran, kerani maut akibat lemas terhidu asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Punca kematian peguam veteran dan kerani wanita yang maut dalam kebakaran di sebuah pejabat guaman di Lebuh King di sini, semalam disebabkan asfiksia atau lemas akibat penyedutan asap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, ini hasil daripada keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

“Mangsa maut merupakan pesara peguam berusia 88 dan seorang kerani wanita berumur 60 tahun. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh asfiksia akibat penyedutan asap daripada kebakaran yang berlaku di unit rumah kedai dua tingkat (kelas A) itu,” katanya di sini, hari ini.

Mendiang Sanmarkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu di Batu Lanchang, Jelutong.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua mangsa terdiri peguam dan kerani wanita disahkan maut terperangkap dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Datuk G. Sanmarkan dan B. Chandra ditemukan di tingkat atas bangunan separa kayu dua tingkat berkenaan.

Mangsa pertama iaitu Sanmarkan ditemukan di atas kerusi berdekatan meja pejabat di tepi tingkap, pada pukul 1.05 tengah hari manakala mangsa kedua dijumpai di bawah timbunan fail, di tepi dinding lokasi sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN