KUALA TERENGGANU – Gara-gara mengemukakan tuntutan palsu pada tiga tahun lalu, seorang eksekutif sumber manusia sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Maslidah Mohamad, 45, yang berkhidmat di Permint Plywood Sdn. Bhd. membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengguna dokumen palsu berupa invois tuntutan bertarikh 5 Januari 2023 berjumlah RM2,520 di pejabat Permint Plywood di Kawasan Perindustrian Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, pada Januari 2023.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan tidak diwakili peguam dalam rayuannya memaklumkan diri kini menjalani rawatan penyakit kanser dan angin ahmar.
Maslidah berkata, dia juga perlu menjaga seorang anak autisme selain suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap. – KOSMO! ONLINE














