fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa utara, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Langkawi) dan Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Tangkak dan Muar),” kata kenyataan itu hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN