KUALA NERANG – Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila sebahagian gerainya runtuh dan menimpa dua pelanggan dalam kejadian ribut di Felda Lubuk Merbau, dekat sini kelmarin. Menurut Nik Hasan Nik Su, 47, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika dia dan isteri, Norasiah Hasan, 52, baru sahaja membuka gerai. “Ribut datang dua kali, yang pertama tidak kuat sangat sebelum datang angin kencang kali kedua. Ribut itu sangat menakutkan menyebabkan saya dan isteri ketakutan, kami berlari masuk ke ruang dalam gerai.…














