fbpx
Sebahagian pelajar dan murid yang ditahan selepas menyeberangi Sungai Golok dekat Rantau Panjang hari ini.

34 pelajar, murid dicekup seberang Sungai Golok guna pangkalan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 34 pelajar dan murid sekolah selepas dikesan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand melalui pangkalan haram untuk pergi ke sekolah mereka di sini hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan tujuh hingga 16 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati, kesemua mereka termasuk 12 orang perempuan dikesan menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram di sini.

“Mereka merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Selatan Thailand, namun bersekolah di Rantau Panjang. Justeru, pihak tertentu perlu mengambil tindakan bagi menangani isu murid atau pelajar merentas Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang.

“Tiada sebarang pengecualian termasuk pelajar sekolah dalam aspek rentas sempadan menggunakan pangkalan haram. Sesiapa sahaja akan ditahan jika didapati melalui jalan yang tidak sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu kesemua pelajar dan murid ditahan mengikut Seksyen Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN