fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta api di Hanoi, Vietnam. - Jam Press

Penunggang motosikal degil nyaris jadi ‘lempeng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Seorang penunggang motosikal nyaris digilis sebuah kereta api selepas dia cuba melintasi landasan ketika pengangkutan awam itu meluncur laju ke arahnya, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian cemas itu berlaku di ibu negara Vietnam  Hanoi, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan lelaki itu sedang berbual menggunakan telefon bimbit sebelum menyeberangi lintasan ketika sebuah kereta api begitu hampir dengannya. 

Beberapa penunggang motosikal lain dilihat menunggu di tepi landasan kereta api ketika palang diturunkan, namun dia nekad untuk meneruskan perjalanannya. 

Beberapa saat kemudian, bahagian belakang motosikalnya dilanggar tren, menyebabkan dia tercampak ke arah penunggang motosikal lain yang sedang menunggu di seberang landasan. 

Mangsa dilaporkan selamat dan tidak cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN