fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna berkenaan seorang warga asing berpura-pura bertanya jalan kepada seorang warga emas semalam.

‘Pura-pura tanya jalan mahu cek duit Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada susulan kehadiran warga asing yang menggunakan taktik berpura-pura bertanya jalan sebelum bertindak melihat dompet mangsa di kawasan Taman Johan Setia, Klang, pada Khamis lepas.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna @syaz_shahh, dia mendakwa melihat sebuah kereta berwarna hitam secara tiba-tiba menahan seorang warga emas yang sedang menunggang motosikal di kawasan tersebut.

Suspek yang dipercayai warga asing itu menggunakan alasan mahu bertanya jalan ke Kuala Lumpur sebelum meminta mangsa mengeluarkan wang tunai dengan alasan ingin melihat rupa fizikal mata wang Ringgit Malaysia.

“Tadi aku nampak satu kereta ini tiba-tiba tahan pak cik yang naik motor tapi makin lama, makin pelik sebab pak cik itu keluarkan dompet dia. Aku nampak lelaki warga asing itu cek-cek duit dalam dompet dia dan terus gerak.

“Bila aku tanya pak cik itu, dia kata tak kenal pun siapa. Dia nak tengok duit Malaysia macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna Syaz_shahh menjelaskan bahawa wang di dalam dompet warga emas tersebut masih ada, namun dia tetap mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

Dia berasa bimbang sekiranya suspek sempat melarikan sebahagian wang atau menukarkannya dengan wang palsu tanpa disedari oleh mangsa.

Rata-rata pengguna di ruangan komen turut berkongsi pengalaman yang sama pernah terjadi pada mereka.

“Dulu pernah kena juga, dekat hotel. Dia nak tanya dekat mana money changer (pengurup wang) dan tanya apa mata wang Malaysia, dia berkeras juga nak tengok duit kita macam mana,” kata pengguna Khairunkamilia.

“Taktik nak tengok duit Malaysia ini dulu aku dah pernah kena, dia pukau banyak dia ambil,” kata pula pengguna Kynnaufal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN