PETALING JAYA – Kira-kira 2,000 pengusaha bas dan van sekolah yang menggunakan petrol berdepan tekanan kos apabila penggunaan bahan api mereka dianggarkan mencecah hingga empat kali ganda berbanding kuota subsidi 200 liter sebulan ditetapkan menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95). Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, keperluan sebenar bagi kenderaan jenis itu boleh mencapai sekitar 800 liter sebulan berikutan jarak perjalanan tinggi. Menurutnya, kebanyakan van sekolah bergerak lebih 140 kilometer sehari dengan beberapa trip berulang, sekali…














