fbpx
JDT berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam 20 aksi Liga Super setakat ini.

Liga Super: JDT siap kekalkan rekod kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMILIKI skuad besar dan dibarisi ramai pemain berkualiti sedikit melegakan buat pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz untuk menyiapkan pendekatan terbaik bagi menghadapi Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini.

Walaupun terpaksa berdepan jadual padat dan kurang rehat berbanding Terengganu yang kali terakhir beraksi pada 6 Mac lalu, Munoz percaya anak buahnya cukup matang untuk menyiapkan diri bagi mendapatkan tempat dalam pasukan.

“Perlawanan yang sukar kerana kami sudah harungi banyak perlawanan dalam tempoh singkat, jadi kami perlukan tempoh pemulihan untuk bersiap sedia hadapi perlawanan itu. Paling penting kami kena fokus, teruskan cita-cita dengan menjelmakan aksi intensiti yang sama.

“Kami perlu ada kawalan, maksud saya dalam segi penggiliran pemain kerana sehingga sekarang kami harungi musim yang sukar dimana sehingga sekarang kami bermain banyak perlawanan dan harungi perjalanan.

“Kami ada ramai pemain dan saya bertuah kerana memiliki skuad besar yang terdiri daripada pemain berkualiti untuk membolehkan kami buat penggiliran. Pada akhirnya kami perlu laksanakan tugas kami dengan baik,” katanya.

Skuad Harimau Selatan kini berpeluang untuk mencipta satu rekod luar biasa dengan mengakhiri saingan Liga Super musim ini tanpa sebarang kekalahan selepas JDT kekal kebal dengan kemenangan bersih dalam 20 perlawanan liga.

Selepas Terengganu, JDT akan melengkapkan tiga lagi baki perlawanan Liga Super musim ini menentang Melaka pada 28 April diikuti Kuala Lumpur City (2 Mei) dan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) pada 10 Mei.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN