fbpx
BERUS diperbuat daripada bulu babi yang dikesan digunakan di sebuah kilang kopi di Melaka.

70 peratus produk terjejas isu bulu babi sudah ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kira-kira 70 peratus produk kopi dan biskut yang terpalit isu penggunaan berus bulu babi telah ditarik keluar dari pasaran setakat 6 April lalu.

Perkara itu disahkan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang memaklumkan tindakan tersebut melibatkan produk keluaran Heng Loong Coffee Sdn. Bhd. dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn. Bhd. susulan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Bahagian itu memaklumkan pemeriksaan di 33 pasar raya di negeri ini mendapati produk terbabit tidak lagi berada di rak jualan.

“Setakat ini, hasil pemantauan di semua premis terbabit mengesahkan tiada lagi produk berkenaan ditemui. Proses penarikan baki produk di peringkat seluruh negara dijangka selesai dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan semua arahan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak terlibat.

Dalam masa sama, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya masih menemui produk terbabit di pasaran, khususnya di luar Melaka.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sijil halal sebuah kilang memproses kopi dan biskut di sini ditarik semula selepas dikesan menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi untuk membersihkan peralatan di premis.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md. Azhan Samat berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pasukan daripada Bahagian Pengurusan Halal membuat pemeriksaan pada Januari lalu.

Jelasnya, kilang berkenaan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah beroperasi lebih 10 tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN