fbpx
Noor Helmy berkata sesuatu kepada Kerol ketika menziarahi lelaki itu pada hari kematian bapanya, semalam. Foto FACEBOOK MOHD NOOR HELMY

Ini ‘bff’ saya, Kerol… – ADUN Duyong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “BFF (sahabat baik selamanya) saya, Kerol. Dia antara orang yang menyokong dan percayakan saya ketika saya bermula sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Duyong.”

Itu pengakuan ADUN Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem mengenai seorang lelaki ‘istimewa’ yang dikenalinya sudah lama, semalam.

Beliau memaklumkan, jasa baik Kerol tidak mungkin akan dilupakan dan berazam untuk membantunya meneruskan kehidupan.

Ia susulan kematian bapa Kerol, semalam, menyebabkan lelaki itu memaklumkan perlu bekerja selepas ini bagi kesinambungan rezeki.

“44 hari lepas mak Kerol meninggal dunia, hari ni (semalam) ayah Kerol pula.

“Kerol tak perlu kerja. Adik-beradik Kerol akan jaga Kerol baik-baik. Insya-Allah, saya akan bantu sebaik mungkin,” katanya menerusi media sosial.

Perkongsian Noor Helmy itu meraih perhatian orang ramai yang menyokong tindakannya selain memberi sokongan kepada Kerol.

“Alhamdulillah, YB (Yang Berhormat) hebat, penyokong pun hebat. Semangat tu penting, saling menguatkan,” ujar seorang pengguna.

“Takziah Kerol dan keluarga, terima kasih YB Noor Helmi,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN