fbpx
Proses evakuasi akhirnya dibatalkan dengan pendaki diarah turun tanpa bantuan. - Instagram

‘Drama’ pendaki malas berjalan, sanggup panggil pasukan penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pendaki sebuah gunung di wilayah Jawa Tengah menerima kecaman orang ramai kerana berpura-pura sakit bagi membolehkan petugas penyelamat membawanya turun ke bawah, lapor portal berita Lambe Turah semalam.

Kejadian berlaku Sabtu lalu apabila pendaki tersebut berasa letih untuk turun dari Gunung Sindoro.

Menurut pasukan penyelamat, mereka menerima laporan pada pukul 2 petang (waktu tempatan) yang memaklumkan bahawa seorang pendaki mengalami masalah fizikal.

Ketua kumpulan terlibat turun dahulu ke kem pangkalan, meninggalkan pendaki berkenaan yang kemudiannya dibantu oleh rombongan pendaki lain.

Disebabkan berat badannya mencapai 85 kilogram, proses evakuasi menjadi sukar, menyebabkan mereka menghubungi pasukan penyelamat.

Setibanya pasukan ranger di lokasi tersebut, mereka memeriksa keadaan pendaki itu, namun berasa aneh kerana tiada sebarang masalah kesihatan dan fizikal dikesan.

Tiada kecederaan luar atau dalam, tiada tanda-tanda bengkak, serta keadaan pendaki itu kelihatan stabil.

Selepas disoal, dia akhirnya mengaku berpura-pura sakit kerana berasa letih dan enggan memaksa diri turun ke bawah.

“Selepas diberi arahan dan motivasi yang tegas oleh pegawai di lapangan, pendaki itu akhirnya bersetuju untuk berdiri dan meneruskan pendakian turun tanpa bantuan,” kata salah seorang pegawai.

Walaupun sebelum itu dia mendakwa tidak dapat berjalan, pendaki tersebut berjaya mengharungi penurunan ke kem pangkalan dalam keadaan fizikal yang kelihatan normal dan selamat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN