fbpx
HAVERTZ muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan buat Arsenal ketika membenam Sporting. - AFP

UCL: Kemenangan berjaya legakan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu pasukannya kekal tenang walaupun hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sporting Lisbon pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Mengambil kira prestasi semasa dan kemenangan kali ini, Arteta menjelaskan perkara paling penting sekarang adalah membuat analisis secara lebih terperinci bagi memperbaiki segala kelemahan pasukan.

“Saya rasa apa yang kami perlu lakukan adalah sangat jelas. Berbanding rasa panik adalah lebih baik kami mendapat gambaran terperinci, memahami apa yang berlaku dan kenapa ia boleh berlaku.

“Apabila anda melakukan analisis semua ini, anda perlu menerimanya dan pasti anda akan jadi lebih baik. Itu saja yang kami perlu lakukan sekarang,” katanya.

Pada aksi semalam, Sporting yang bermain di gelanggang sendiri hampir memberikan kejutandengan menamatkan perlawanan menerusi keputusan seri, namun The Gunners bernasib baik apabila memperoleh jaringan tunggak menerusi Kai Havertz lewat permainan.

Ketika ditanya tentang pendekatannya untuk mengekalkan pemain dengan mentaliti positif, Arteta sekali lagi menyatakan pendirian hampir sama iaitu menilai semula prestasi pasukan dan beberapa keputusan dibuatnya.

“Pertamanya adalah menganalisa apa yang saya sudah lakukan dan cari sebab kenapa kami kalah. Kemudianya cuba fahami apa yang pemain perlukan, bukan tentang diri saya sebaliknya hanya itu yang saya fokuskan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN