fbpx
ANTARA arak yang tidak bercukai dirampas Batalion 5, PGA Simpang Renggam di Taman Utama Pekan Nanas, Pontian, dalam serbuan Sabtu lalu. Foto ihsan PGA

Sindiket sewa rumah teres dua tingkat jadi stor arak tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Taktik licik sindiket menyewa rumah teres dua tingkat sebagai stor simpanan arak tidak bercukai terbongkar apabila pihak berkuasa merampas minuman keras bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan di Taman Utama Pekan Nanas, di sini, 4 April lalu.

Serbuan menerusi Op Taring Alpha 2 itu berjaya menemui sebanyak 364 kotak minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM952,000 termasuk cukai.

Dalam operasi sama, tiga lelaki warga Myanmar berusia antara 24 hingga 33 tahun turut diberkas bagi membantu siasatan.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Salehin Suleiman berkata, sindiket berkenaan menjadikan rumah teres tersebut sebagai pusat penyimpanan utama sebelum mengedarkan arak ke pasaran sekitar daerah ini.

“Hasil risikan mendapati premis berkenaan disewa khas bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain memudahkan aktiviti penyimpanan dalam skala besar.

“Arak-arak ini disimpan di dalam rumah sebelum diedarkan mengikut pesanan kepada pelanggan sekitar Pontian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN