fbpx
Halimah masih belum sedarkan diri selepas pembedahan tebuk tekak di Hospital King Fahad, Arab Saudi.

‘Duit belum cukup bawa ibu pulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluarga warga emas yang terlantar di Hospital King Fahad, Arab Saudi sejak dua bulan lalu memberitahu mereka masih belum mempu­nyai kewangan yang cukup untuk membawa ibu mereka pulang.

Siti Nur Ain Abd Sanief, 31, berkata, sumbangan sebanyak RM200,000 diperlukan untuk memindahkan ibunya, Halimah Ismail, 64, ke negara ini.

Katanya, ibunya yang bera­sal dari Kampung Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis masih tidak boleh bergerak selepas pembedahan tebuk tekak bagi melancarkan pernafasannya di lakukan di hospital berkenaan.

“Adik, Muhammad Al Imran Abd. Sanief, 25, yang menemani ibu di hospital ada memohon bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.

“Doktor benarkan ibu balik, tetapi perlu naik air ambulance (ambulans udara). Kami ada minta bantuan kedutaan dan mereka sedang tunggu kos sebenar hospital yang perlu ditanggung oleh keluarga.

“Kami tidak tahu mengapa pihak insurans tolak tuntutan kami sebanyak dua kali sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Izizam Ibrahim berkata, sehingga kini sumbangan bagi membawa pulang Halimah telah mencecah sekitar RM110,000.

“Bagaimanapun, perjalanan masih belum selesai. Kami masih memerlukan sokongan untuk mencapai sasaran RM200,000 demi membawa pulang pesakit strok dari Madinah ke tanah air.

“Setiap wang ringgit yang didermakan amat bernilai untuk keluarga ini membawa pulang ibu mereka,” katanya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan sebuah keluarga memerlukan bantuan ke­wangan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi membawa pulang ibu mereka yang kini terlantar di Hospital King Fahad, Arab

Saudi sejak dua bulan lalu akibat strok sewaktu mengerjakan umrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN