fbpx
Anak ayam itu dibungkus di dalam kotak untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu. - TikTok  

Majlis kahwin bagi buah tangan anak ayam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila memberikan buah tangan unik berupa anak ayam warna-warni kepada tetamu, lapor portal berita Lambe Turah.

Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @asma.nurchoiriyah menunjukkan sejumlah tetamu menerima beberapa kotak berwarna coklat yang diisi dengan anak ayam. 

Lebih mengejutkan, anak-anak ayam itu memiliki pelbagai warna seperti merah jambu, kuning, jingga, hijau dan lain-lain. 

Menurut perakam, tetamu boleh memilih warna anak ayam yang mereka inginkan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial. 

“Saya pernah dapat ikan,” kata seorang netizen. 

“Pulang kenduri dapat tanggungjawab baru,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN