AIR mata pempengaruh tersohor, Khairul Aming atau KA yang tumpah ketika majlis resepsi rakan karibnya, Kemey membuatkan netizen sebak.
Walaupun sudah seminggu berlalu, video ucapan pemilik restoran Rembayung itu menjadi bualan ramai yang menyifatkan KA sangat menghargai kawan merangkap pekerjanya.
Berkongsi kisah ketika Kemey serta seorang lagi rakan baiknya membangunkan Rembayung, setiap butiran membuatkan hadirin turut mengesat air mata.
Diva yang tengok klip majlis resepsi pasangan terbabit turut sebak melihat idola ramai itu sedih apabila teman akrab merangkap kawan serumah sudah berpindah.
Siapa tahu, mungkin selepas ini giliran KA kesayangan rakyat Malaysia pula bertemu jodoh. Kita doakan.
DIVA: Ramai juga selebriti bakal naik pelamin tahun ini.














