fbpx
Fazura memuat naik sepotong khalimah seperti memberi bayangan kesulitan didepaninya sekarang sebagai seorang ibu tunggal yang berserah kepada ketentuan Ilahi.

Tiada daya, kekuatan melainkan pertolongan Allah – Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura memuat naik sepotong khalimah seperti memberi bayangan kesulitan didepaninya sekarang sebagai seorang ibu tunggal yang berserah kepada ketentuan Ilahi.

Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin menerusi Threads menulis: “La hawla wala quwwata illah billah.”

Zikir yang mengakui kelemahan diri dan kebergantungan mutlak kepada Allah itu membawa maksud ‘tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah’.

Menjengah komen netizen, ramai yang mendoakan agar segala perkara yang sedang berlaku dalam hidup pelakon filem Pisau Cukur itu dipermudahkan Allah SWT.

“Teruskan berjuang untuk Fatima. Kami tahu anda boleh dan sentiasa akan menemukan jalan.

“Semoga Allah melindungi Fazura daripada orang-orang yang jahat dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat,” demikian antara komen netizen.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ex parte difailkan Fattah terhadap Fazura telah ditolak mahkamah berhubung hak lawatan anak mereka, Fatima.

Peguam mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan, keputusan dibuat Hakim Yang Arif Tuan Salehan pada 31 Mac lalu selepas meneliti permohonan berkenaan.

Tambahnya, kes tersebut difailkan awal Februari lalu dan hanya Fattah hadir ketika sebutan kes memandangkan prosiding dijalankan secara sebelah pihak.

“Mungkin ada situasi tertentu seperti anak penat atau terlewat kerana kelas mengaji, namun secara keseluruhan, hak lawatan masih dipatuhi. Malah, tahun ini anak mereka sempat beraya bersama bapanya,” katanya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas laporan tersebut, Fattah mendedahkan bakal memfailkan semula permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya itu selepas Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 31 Mac lalu menolak permohonannya berhubung hak lawatan anak tunggal mereka.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Fattah Amin iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berpisah secara talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hak penjagaan penuh anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberi hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan tiga kali seminggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN