fbpx
Kegembiraan Mekna (gambar kecil) mandi di sebatang sungai di Kuala Gandah, Pahang membuatkan orang ramai sedih terkenangkan Dara, Amoi dan Kelat yang dihantar ke Jepun, baru-baru ini.

[VIDEO] ‘Tengok Mekna gembira, sedih teringat Dara, Amoi dan Kelat di Jepun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tengok dia orang saya sedih ingat DAK (Dara, Amoi dan Kelat) berpisah dengan mahut dia orang yang penyayang.”

Itu antara luahan orang ramai yang meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib tiga ekor gajah dari Malaysia yang dihantar ke Jepun pada 10 Mac lepas.

Perasaan sebak itu katanya, muncul apabila melihat reaksi seekor anak gajah bernama Mekna sedang ‘berseronok’ bersama mahutnya dan beberapa individu lain mandi di sebatang sungai di Kuala Gandah, Pahang.

Video berkenaan di muat naik oleh pengguna @Sepett_ , pada hari ini sekali gus meraih perhatian orang ramai.

“Saya sedih tengok (video) ni, teringat nasib DAK. Terkurung main pasir di zoo…dulunya mereka gembira juga mcm ni,” ujar @llhnie.

“Tengok dia orang saya sedih ingat DAK. Berpisah dengan mahut dia orang yang penyayang,” komen netizen yang lain.

“Seronoknya. Sedih tengok Dara, Amoi dan Kelat mandi dalam kolam cetek, tak ada penjaga belai-belai, gosok badan. Bawalah mereka pulang,” gesa @Kakyati.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pihak pengurusan Zoo Taiping & Night Safari akan mengadakan lawatan ke Tennoji Zoo di Osaka, Jepun dalam masa terdekat bagi memantau perkembangan Dara, Amoi dan Kelat yang dihantar ke negara itu, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, lawatan dijangka berlangsung pada bulan ini bertujuan memastikan haiwan berkenaan berada dalam keadaan baik dan persekitarannya mematuhi garis panduan ditetapkan.

Katanya, lawatan itu merupakan yang pertama diadakan sejak ketiga-tiga gajah berkenaan tiba di Jepun pada 11 Mac lalu. – KOSMO ONLINE

@mrsepett__ #kualagandah #nationalelephantconservationcentre ♬ original sound – DNP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN