fbpx
ARSENAL mula dilanda krisis kecederaan pemain tonggak menyebabkan misi memburu gelaran musim ini mula terancam. - FB ARSENAL

Piala FA: Perjalanan Arsenal makin sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Misi Arsenal untuk merealisasikan tiga kejuaraan musim ini semakin mencabar ekoran isu kecederaan beberapa pemain utamanya selepas saingan aksi antarabangsa berakhir.

Walaupun hanya akan bertemu wakil Liga Kejuaraan, Southampton pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi esok, kredibiliti pengendali The Gunners, Mikel Arteta cukup ditagih untuk merangka pendekatan terbaik bagi menampung permasalahan pasukan.

Sekurang-kurangnya 10 pemain utama Arsenal terpaksa pulang awal ke kelab daripada kem kebangsaan dengan pelbagai masa kecederaan sekali gus menimbulkan resah buat Arteta untuk menyediakan skuad terbaik bagi mengharungi baki saingan musim ini.

“Sekarang menjadi detik yang saya tidak begitu gemarkan terutamanya dengan apa yang berlaku terhadap pemain penting kami. Namun, ini adalah sebahagian daripada kalendar yang kami terpaksa harungi dan situasi seperti inilah yang kami perlu terima,” katanya.

Eberechi Eze menjadi pemain terawal yang tersisih ekoran masalah betis dan ketika ini Martin Odergaard tidak dapat menyertai latihan bersama pasukan kebangsaan Norway, malah status Martin Zubimendi masih lagi belum dapat dipastikan.

Terdahulu, William Saliba, Declan Rice, Bukayo Saka, Gabriel Magalhaes dan Leandro Trossard sudah pun tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan masing-masing

Aksi Piala FA dilihat menjadi satu lagi peluang besar buat Arteta menamatkan penantian trofi sulung dalam tempoh enam tahun terutamanya selepas kecewa pada final Piala Liga Inggeris apabila tewas kepada Manchester City. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN