SEJAK mengesahkan sedang menjalin cinta dan mengikat tali pertunangan, pasangan merpati dua sejoli Puteri Balqis dengan jejaka bernama Didi sering menjadi tumpuan ramai dalam media sosial.
Memiliki ciri-ciri wajah yang hampir sama, ramai berpendapat perkara tersebut menguatkan lagi ikatan jodoh antara mereka.
Perkara tersebut menjadi bualan selepas Puteri Balqis memuat naik video bersama Didi dalam media sosialnya baru-baru ini.
Mereka bahkan digelar sebagai pasangan ‘vampire’ dan dikatakan sangat secocok kerana memiliki ‘face card’ yang mahal.
“Ini kalau dapat anak lepas kahwin, memang lawa dan kacak. ’Mahal’ betul muka mereka macam pelakon filem Twilight, cepat-cepatlah kahwin!” kata netizen.














