fbpx
Amirudin akan mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.

Sumud Flotilla 2.0: MB Selangor berlepas 5 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terus berdepan krisis kemanusiaan di wilayah tersebut.

Beliau dijadualkan berlepas pada 5 April ini bagi melaksanakan misi berkenaan termasuk memastikan pelepasan bantuan di Kaherah serta menyertai beberapa agenda antarabangsa berkaitan isu Gaza.

Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, Amirudin diamanahkan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Katanya, sebanyak 30 kontena yang mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan akan disampaikan bagi membela nasib warga Palestin yang sedang bertambah rumit di Gaza.

“Selain memastikan pelepasan kontena bantuan di Kaherah berjalan lancar, Amirudin turut dijadual mengetuai sidang khas di Pintu Sempadan Rafah bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu kepungan Gaza.

“Di samping, beliau juga akan memantau pelepasan Delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, Pejabat Menteri Besar Selangor turut memohon rakyat Selangor dan Malaysia mendoakan agar misi kemanusiaan yang diketuai Amirudin serta setiap petugas berjalan dengan selamat.

“Selangor dan Malaysia akan terus menegaskan dan menegakkan keadilan bagi nasib warga Palestin yang masih dikepung dan dizalimi rejim Zionis Israel,” katanya.

Kosmo! pada 1 Mac lalu melaporkan Sebanyak 30 kontena digerakkan dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai tanda solidariti Malaysia buat penduduk di bumi Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN