SEGAMAT – Pemandu treler yang disahkan positif dadah mengakibatkan kemalangan maut meragut tiga nyawa di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru – Seremban di sini petang semalam direman empat hari bermula hari ini.
Suspek yang tiba di Mahkamah Sesyen di sini kira-kira pukul 8.30 pagi ini diiringi anggota polis kelihatan tenang berbaju t kelabu.
Majistret Amalina Johar membenarkan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahanan reman ke atas suspek berusia 28 tahun bermula hari ini sehingga 6 April depan bagi membantu siasatan.
Semalam, Kosmo! melaporkan tiga sekeluarga maut manakala dua orang lagi cedera dalam satu kemalangan tragis melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru – Seremban, kira-kira pukul 3.45 petang. – KOSMO! ONLINE














