fbpx
GAMBAR fail menunjukkan logo Piala Dunia 2026. – AGENSI

Harga tiket final Piala Dunia cecah RM44,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Penjualan tiket terbuka pertama untuk Piala Dunia 2026 menunjukkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan bayaran sehingga AS$10,990 (RM44,339) untuk menonton perlawanan akhir, demikian menurut Perbadanan Penyiaran British(BBC) semalam.

Ia dianggap tiket masuk am termahal dalam sejarah untuk perlawanan bola sepak, berdasarkan harga kaunter tiket berbanding pasaran jualan semula.

Bagaimanapun, dalam buku bidaan Piala Dunia FIFA, Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico menyatakan,  tiket untuk perlawanan akhir akan dikenakan harga maksimum AS$1,550 (RM6,253).

Semasa tiket mula dijual kepada ahli kelab penyokong rasmi setiap negara pada Disember tahun lalu, tiket paling mahal disenaraikan pada harga AS$8,680 (RM35,019).

Harga tersebut melonjak semula apabila tempoh jualan akhir bermula kelmarin.

Tiket untuk perlawanan akhir Piala Dunia Qatar pada 2022 berharga bersamaan AS$1,604 (RM6,741) untuk tempat duduk dengan harga tertinggi.

Menentukan kos sebenar tiket untuk kejohanan musim panas ini adalah sukar kerana FIFA tidak pernah mendedahkan struktur harganya.

Ia juga menggunakan versi penetapan harga dinamik, di mana harga berubah pada permulaan setiap titik jualan bergantung kepada permintaan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN