fbpx
BERUS diperbuat daripada bulu babi yang dikesan digunakan di sebuah kilang kopi di Melaka.

Sijil halal ditarik, kilang kopi, biskut dikesan guna berus bulu babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sijil halal sebuah kilang memproses kopi dan biskut di sini ditarik semula selepas dikesan menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi untuk membersihkan peralatan di premis.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md. Azhan Samat berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pasukan daripada Bahagian Pengurusan Halal membuat pemeriksaan pada Januari lalu.

Jelasnya, kilang berkenaan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah beroperasi lebih 10 tahun lalu.

“Pemeriksaan mendapati pekerja menggunakan berus diperbuat daripada bulu haiwan untuk proses pembersihan peralatan dan kita telah mengambilnya untuk diperiksa Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

“Hasil keputusan analisis pada Mac lalu kemudian mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal bulu babi menyebabkan sijil halal SPHM kilang itu ditarik serta-merta,” kata kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, pekerja kilang mendakwa bahawa mereka tidak mengetahui kesalahan penggunaan berus berasaskan bulu haiwan di dalam kilang memproses makanan.

“Alasan ini tidak boleh diterima kerana setiap pemegang SPHM JAKIM wajib mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

“Pemegang sijil halal tidak boleh sambil lewa dan perlu sentiasa memastikan setiap aspek operasi mematuhi garis panduan halal yang ketat,” katanya.

Tambah Azhan, JAIM akan terus mempertingkat pemantauan terhadap semua premis pemegang SPHM bagi memastikan integriti pensijilan halal terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN